Semua berkobar-kobar jayakan PAU

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui semangat semua ahli parti itu sedang berkobar-kobar untuk menjayakan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 hujung minggu ini.

Beliau menegaskan situasi tersebut pasti menyuntik semangat kepada ahli Umno untuk terus berbangga menjadi pendokong parti berkenaan.

“Lebih-lebih lagi Umno kini sudah mencecah usia Jubli Intan 75 Tahun dan kita tentu percaya kematangan Umno itu telah menjadi rebutan semua pihak yang melihat nilai perjuangan yang dimiliki parti terbukti beberapa dekad mengemudi pertiwi.

“Semoga semuanya akan berjalan lancar dan para perwakilan yang datang akan selamat tiba dan dilindungi Allah sepanjang masa,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid meninjau persiapan dan raptai menjelang PAU 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/pau-2020-bakal-catat-sejarah-tersendiri/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here