Ebit Liew gambarkan penderitaan rakyat pedalaman Afrika Selatan

0
1

KEADAAN rakyat Afrika Selatan terutama di kawasan pedalaman ternyata daif dengan rumah kebanyakannya hanya saiz sebesar tandas sahaja seperti digambarkan pendakwah Ebit Liew

Ebit yang kini dalam misi bantuan kemanusiaan di negara berkenaan kelihatan sebak melihat kesusahan dan penderitaan sebahagian penduduknya.

“Saya bawa hadiah dan sedikit duit belanja buat mereka.

“Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak. Rumah sebesar saiz tandas je. Tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar.

“Sampai jer mereka semua dah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, ada juga yang membuat ritual bagi menunjukkan kegembiraan mereka dan menangis mengucapkan terima kasih.

“Tak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut..Malaysia. Malaysia,” katanya.

Beliau turut berkongsi pengalamannya yang melihat kehidupan rakyat negara berkenaan.

“Wanita sini sentiasa dukung anak di belakang. Kuatnya wanita dimana-mana.

“Berjalan jauh mana pun boleh dengan dukung anak. Siap menari dan tepuk tangan masa kita beri hadiah pada mereka.

“Mereka tak berebut. Baik jer semua beratur. Balik dari kampung ini dalam van saya menangis,” katanya.

Ebit menyatakan rasa terharu dengan layan an diterima dan berharap semoga ia menjadi asbab kebaikan.

Terdahulu, Ebit turut bersyukur perjalanannya ke Afrika Selatan berjalan lancar dan turun di lapangan terbang disambut wakil kedutaan Malaysia dan wakil kementerian negara berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here