Saman kompaun turun, aktiviti hiburan masih ada

0
1

Saman kompaun terhadap individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencatatkan penurunan kepada 54 kes.

Bagaimanapun Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, masih ada lagi kompaun saman dikeluarkan kepada individu yang masih berdegil melakukan aktiviti hiburan.

Katanya, kesalahan tertinggi iaitu 21 direkodkan kepada individu yang gagal merekod diri di aplikasi MySejahtera manakala 17 lagi tidak memakai pelitup muka.

Sementara itu,berkenaan Ops Benteng kawalan sempadan, Ismail memberitahu bahawa pihak berkuasa telah menangkap 18 pendatang tanpa izin dan merampas sebuah bot serta 11 buah kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 131 buah bot di perairan negara melalui lapan lapan aktiviti penglihatan.

“Ops Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 266 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here