Luqman sedia ‘langgar’ abang senior

0
1

PENYERANG muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin sedia ‘langgar’ pemain lebih senior daripadanya dalam skuad Harimau Malaya.

Anak jati Kelantan itu sedia bekerja keras untuk memikat hati pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe agar diberi peluang membarisi keselebelasan utama Harimau Malaya.

Meskipun masih hijau dalam pasukan, pemain KV Kortrijk itu menganggap umur bukan sekadar angka semata-mata.

“Orang luar nak cakap apa, cakaplah. Biasalah kalau ada perbezaan dengan kita tetapi umur itu tidak penting.

“Kalau seseorang itu boleh bermain dengan bagus, walau baru berusia 19 tahun sekali pun, saya rasa OK tetapi terpulanglah pada jurulatih untuk buat keputusan.

“Bagi saya, umur tidak pernah menghalang saya untuk berada dalam skuad kebangsaan,” katanya dipetik daripada portal Cakap Sukan.

Ditanya mengenai perubahan fizikal, Luqman merasakan ia satu perkembangan positif buat kariernya.

“Memang lah ia bagus untuk saya kuatkan diri kerana jika dalam perlawanan sebenar, tidaklah saya mudah ‘dilanggar’ oleh pemain lawan.

“Tetapi saya masih mahu tingkatkan lagi kekuatan kerana kalau di Belgium, sayalah yang paling kecil,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here