‘Saya tahu apa yang sedang ‘broker’ rancangkan’ – Zahid

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengetahui gerakan terancang ‘broker’dalam parti itu serta menyedari segala hiprokrasi dan helah kumpulan berkenaan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, berkata beliau meminta semua pemimpin dan ahli Umno supaya tidak terlalu bimbang dengan perkara itu kerana semua rancangan mereka berada dalam radar pengetahuannya.

“Saya minta kita ahli-ahli Umno, pejuang dan penyokong Umno sekalian jangan terlalu bimbang.

“Seperti saudara saudari saya juga tahu dan sedar apa yang sedang ‘broker’ rancangkan.

“Muslihat serta tipu daya mereka, segala hipokrasi dan helah dalam pemantauan dan radar,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Zahid berkata, kumpulan itu tidak ramai namun menyifatkan apa yang dirancang oleh mereka sebagai sesuatu yang sangat tidak boleh diterima parti.

“Umno tidak boleh digadai. Umno bukan alat untuk tawar menawar jawatan atau kedudukan sesiapa.

“Umno sama sekali tidak akan melukut di tepi gantang hanya kerana hujah-hujah bermuka dua. Umno parti milik rakyat dan jutaan ahlinya. Bukan milik mana-mana pihak untuk dijual beli,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, selagi beliau masih bergelar Presiden Umno beliau berjanji akan terus mengerah keringat dan bakti untuk terus mempertahankan Umno.

“InsyaAllah selagi ada keringat dan bakti saya berjanji Umno tetap dipertahankan. Saya berkata begini kerana saya membaca pandangan dan keluh kesah saudara saudari.

“Segelintir saudara saudari khuatir saya sebagai Presiden Umno tidak ‘alert’ rancangan mereka. Saya ‘alert’. Saya malah ‘alert’ semakin galak persepsi negatif diilustrasikan ke atas saya,” katanya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau sanggup berdepan dengan cabaran demi keutuhan agama, bangsa dan parti.

“Tetapi demi keutuhan parti keramat bangsa dan agama saya mendepani cabaran ini secara berhemah.

“Keazaman, keyakinan dan jati diri Umno saudari saudari menjadi azimat penguat semangat,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here