Pembangkang gesa kerajaan panggil sidang Parlimen, tamatkan darurat

0
1

AHLI-Ahli Parlimen pembangkang sepakat menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memanggil sidang Parlimen dengan segera dan menamatkan proklamasi darurat.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang dipengerusikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Anwar menerusi kenyataan selepas mesyuarat itu berkata mesyuarat tersebut antara lain bertujuan memberi mesej kepada kerajaan bahawa tiada masalah untuk Parlimen bersidang.

“Ini kerana (pertandingan) bola sepak boleh diteruskan dan panggung wayang boleh dibuka, jadi tak ada sebab sama sekali (Parlimen tidak boleh bersidang).

“Jadi ini cara kita melahirkan bantahan terhadap keputusan penggantungan Parlimen walaupun Yang di-Pertuan Agong telah memberi pandangan bahawa darurat tidak bermakna sidang Parlimen digantung.

“Apabila Yang di-Pertuan Agong beri pandangan begitu, maknanya ia memberi gambaran jelas pandangan kerajaan untuk menggantung Parlimen tidak tepat,” katanya.

Anwar berkata, mesyuarat tersebut telah mengemukakan beberapa usul berkaitan isu rakyat untuk diambil perhatian oleh kerajaan.

“Kita juga bincang soal Covid-19, langkah-langkah yang diambil dan menggalakkan rakyat mengambil vaksin.

“Kami meminta keputusan-keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan mestilah mengambil kira pandangan pakar-pakar lain,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat juga mengambil serius isu ekonomi khususnya pengangguran anak muda yang kini dakwanya telah meningkat kepada 17.3 peratus berbanding angka-angka yang dikemukakan kerajaan.

AHLI-Ahli Parlimen pembangkang sepakat menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) memanggil sidang Parlimen dengan segera dan menamatkan proklamasi darurat.

“Kalau tanya menteri semuanya terkawal. Batal hubungan diplomatik dengan Korea Utara tidak menjejaskan ekonomi…. ini kita akan kemukakan usul-usul kepada kerajaan.

“Kita juga bincang soal pendidikan, perundangan dan keselamatan. Dalam tempoh beberapa hari ini Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bermesyuarat menentukan langkah berikutnya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here