Meninggal kerana serangan jantung, bukan sebab vaksin

0
2

Jabatan Kesihatan Perlis mengesahkan kematian seorang Juruteknologi Makmal Perubatan Klinik Kesihatan Kangar berpunca daripada serangan jantung, bukan disebabkan kesan suntikan vaksin Covid-19 yang diterimanya.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim berkata arwah berusia 42 tahun, mempunyai sejarah serangan jantung pada tahun 2013, mengadu sakit dada dan sesak nafas kepada isterinya pada awal pagi 21 Mac lalu.

Menurut Dr Sirajuddin, isterinya yang juga doktor pakar telah membuat panggilan kecemasan dan memulakan bantuan awal (CPR) di rumah setelah suaminya mengalami sawan dan tidak sedarkan diri.

“Beliau tidak mempunyai sebarang kontraindikasi dan pemerhatian selepas vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (VVP) dos pertama pada 2 Mac, tidak menunjukkan apa-apa kesan sampingan.

“Pada hari pertama selepas suntikan, beliau hanya mengadu rasa lenguh pada bahagian tangan di tempat suntikan dan gejala pening, namun begitu boleh bertugas seperti biasa.

“Pada hari kedua selepas suntikan, tiada sebarang masalah dihadapi dan telah melaksanakan tugasan harian seperti biasa sehingga 19 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, Dr Sirajuddin berkata, pihaknya merayu orang ramai tidak menularkan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih bagi mengelak salah tanggapan masyarakat terhadap vaksin Covid-19. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/17/kkm-nafi-mesej-tular-56-mati-akibat-vaksin-sinovac/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here