Nurul Huda Abhar
RAKYAT biasa, terpaksalah akur pada undang-undang walaupun kadang-kadang ia tidak memuaskan hati, kata Ketua Puteri Umno Datuk Zahida Zarik Khan.
Zahida berkata sedemikian merujuk kepada isu pengharaman penggunaan hon tenonet yang telah dikuatkuasakan baru-baru ini.
Menurutnya, mungkin pada masa sama pihak berkuasa terlepas pandang pada kesalahan yang lebih berisiko mengancam nyawa orang lain seperti memandu dalam keadaan mabuk, memandu atau menunggang laju secara melulu, atau berlumba berlumba haram.
“Bila tengok video ni, buatkan kita berfikir sejenak, undang-undang dunia ini tetaplah ada kelemahannya,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.
Menerusi hantaran sama, Zahida memuat naik video luahan pemandu lori yang kesal dengan undang-undang pengharaman hon tenonet kerana dikatakan tidak membawa sebarang mudarat berbanding kesalahan menjual arak atau memandu secara mabuk.
“Ayat akhir brother ni di hujung video deep sangat. Apa pun, saya doakan agar abang-abang ‘pilot darat’ sentiasa dilindungi, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.
“Teruslah menyumbang kepada ekonomi negara,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini pihak berkuasa menguatkuasakan operasi ekzos bising dan penggunaan hon tenonet.
Pemilik motosikal yang mengubah suai kenderaan menggunakan ekzos bising boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Hukuman yang sama juga dikenakan kepada mereka yang menggunakan hon tenonet. – Malaysiapost
.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/ops-ekzos-bising-ramai-mat-motor-tukar-jadi-mat-standard/

