Nurul Huda Abhar
BEKAS teman lelaki usahawan kosmetik Nur Sajat, dikenali sebagai Coach Yin melangsungkan pernikahan dengan gadis piilihan hatinya, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Coach Yin menguapkan terima kasih kepada pengikut yang mendoakan hubungannya bersama isteri, Yeen Azmin.
“Terima kasih kepada anda semua yang sentiasa mendoakan kami.
“Alhamdullah, semuanya berjalan dengan lancar,” tulisnya di ruangan kapsyen, hari ini.
Perkongsian sama dimuatnaik di Instagram isterinya di mana pasangan tersebut mengenakan busana rona putih di hari bahagia mereka.
Lebih menarik, ruangan komen Coach Yin dibanjiri dengan ucapan tahniah dengan pernikahan tersebut malah netizen bersyukur akhirnya beliau mengakhiri zaman bujang dengan ‘wanita tulen’.
“Tahniah..Alhamdulillah kembali ke jalan yang benar.”
“Selamat pengantin baru, yang penting ori”.
“Alhamdullah, jumpa wanita sejati. Tahniah selamat pengantin baru Coach Yin.”
Sejak Julai tahun lalu Coach Yin mula berkongsi foto Azreen malah beliau juga ketika itu memberi bayangan akan mengahwini wanita itu.
Sebelum ini Coach Yin menjadi sebutan ramai kerana pernah dikaitkan dengan Nur Sajat, dan aktif memuatnaik gambar bersama usahawan kosmetik tersebut.
Bagaimanapun, difahamkan hubungan mereka sudah pun berakhir sekitar Januari tahun lalu. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/19/noor-nabila-engku-emran-sah-bernikah/

