Amyra Rosli, Nad Zainal dilantik duta produk MommyHana

0
1

Nurul Huda Abhar

PELAKON popular Amyra Rosli dan Nad Zainad dilantik sebagai duta rasmi produk MommyHana.

Amyra Rosli (Kiri), Hana Shahadan (Tengah), Nad Zainal (Kanan).

MommyHana menyasarkan pelantikan dua figura itu dapat membantu lebih ramai ibu bapa dalam menyelesaikan masalah anak-anak ketagihan gajet.

Pengasasnya, Hana Shahadan berkata pelantikan Amyra Rosli dan Nad Zainal sebgai duta akan meningkatkan lagi pemasaran dan penjenamaan MommyHana.

“Dengan cara ini lebih ramai ibu bapa akan mengenali jenama MommyHana dan akan mula menggantikan gajet anak-anak mereka kepada produk MoomyHana yang lebih menarik dan selamat untuk anak-anak.

“Sehingga kini lebih sejuta ibu bapa yang mempunyai masalah ketagihan bermain gajet telah dibantu oleh MommyHana,” katanya pada majlis pelantikan dua duta tersebut, malam tadi.

Barisan VVIP MommyHana

Menurut beliau, idea untuk mengeluarkan produk terbaharu MommyHana iatu Islamic Audio Device Terhad adalah selepas melihat Islamic Audio Device yang direka untuk kanak-kanak turut digunakan oleh ibu bapa dan seisi keluarga.

Sudut pandangan dari barisan pertama.

Katanya, keluaran kali ini berkonsepkan corak Kaabah dilihat lebih sesuai dan kini semua boleh mendengar alunan ayat suci Al-quran, zikir dan lain-lain daripada tertumpu pada gajet.

“Selamat tanpa riadiasi, tidak menggunakan internet, jimat bateri serta boleh dibawa ke mana-mana,” ujarnya. – Malaysiapost


Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/09/acara-langsung-pengambaran-luar-studio-persembahan-di-hotel-dibenarkan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here