Asyraf Wajdi nafi beri gambaran hubungan Umno, PAS makin terlerai

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan beliau memberi gambaran hubungan Umno dan PAS semakin terlerai menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Asyraf Wajdi menjelaskan ucapan beliau yang tular ketika majlis tertutup bersama barisan kepimpinan dan jentera Pemuda Umno Terengganu harus difahami konteks dan latar keseluruhan ucapannya.

Katanya, dalam program itu beliau menerangkan keperluan jentera Pemuda Umno untuk bersiap-siaga berhadapan PRU15 “kalau ditakdirkan Umno terpaksa masuk ke gelanggang sebagai Barisan Nasional (BN) melawan PAS.

Menurutnya, sebagai Ketua Jentera Pemuda BN dan Umno, beliau perlu mempersiapkan minda Pemuda akan beberapa kemungkinan senario yang boleh berlaku menjelang PRU, berasaskan fakta-fakta semasa seperti berikut:

1. Keputusan terkini Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang telah memutuskan hubungan dengan PPBM dalam PRU15 akan datang;

Jika keputusan tidak bersama PPBM ini kekal, persoalan pokok adalah bagaimana pula pendirian PAS yang kini menjadi salah satu komponen dalam Parti Perikatan Nasional?

3. Apakah PAS masih mahu mengekalkan kesepakatan dengan BN melalui MN atau terus bersama PN menghadapi PRU-15?

Asyraf Wajdi berkata, apa juga senario di atas sudah tentu Jentera Pemuda BN perlu bersiap-siaga untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk bersendirian sebagai BN.

“Bagaimanapun, Pemuda Umno tetap menaruh harapan tinggi agar hubungan baik dan permuafakatan antara Umno dan PAS yang dibina melalui akar umbi, sehingga termeterainya Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019 atas linangan air mata, akan terus diperkukuh dan dipertahankan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here