SERAMAI 10,605 rakyat Malaysia sudah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama setakat semalam.
Secara kumulatif keseluruhan 413,255 individu sudah divaksin dengan 402,650 menerima dos pertama atau vaksin Sinovac.
Data dan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan Selangor mencatatkan pemberian vaksin tertinggi iaitu 52,971 individu menerima dos pertama dan 369 dos kedua.
Di Perak (48,136 dos pertama, 713 dos kedua), Sabah (40,134 dos pertama, 591 dos kedua) dan Kuala Lumpur (35,751 dos pertama, 565 dos kedua).
Sarawak pula (33,788 dos pertama, 4,848 dos kedua), Pahang (30,320 dos pertama, 2,549 dos kedua), Johor (29,238 dos pertama, 74 dos kedua) dan Pulau Pinang (26,879 dos pertama, 328 dos kedua).
Kedah (26,265 dos pertama, 6 dos kedua), Kelantan hanya dos pertama (18,977 ) dan begitu juga Negeri Sembilan (17,279).
Di Terengganu (15,726 dos pertama, 6 dos kedua), Melaka (10,716 dos pertama, 187 dos kedua), Perlis (9,526 dos pertama, 156 dos kedua), Putrajaya (4,601 dos pertama, 85 dos kedua) dan akhir sekali Labuan (2,343 dos pertama, 127 dos kedua).
Sementara itu, pendaftaran di MySejahtera sudah mencapai 6,084,588 individu atau 25.1 peratus setakat jam 11.59 malam tadi dengan Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi 1,752, 233.
Diikuti Johor (775,342), Kuala Lumpur (541,489), Sarawak (475,768) dan Pulau Pinang (439,427).
Di Perak seramai 424,758 mendaftar, Kedah (309,921), Sabah (274,438), Negeri Sembilan (247,803) dan Pahang (236,414).
Melaka mencatatkan seramai 191,823 pendaftaran, Kelantan (161,627), Terengganu (152,322), Putrajaya (42,291) dan Labuan (20,507).
PICK fasa pertama menyasarkan seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan divaksin bermula hujung Februari lalu hinga April ini
Fasa kedua program berkenaan dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk 9.4 juta golongan warga dan golongan berisiko tinggi.
Bagi fasa ketiga, yang akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan kira-kira 13.7 juta lagi individu berusia 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing akan divaksin. – Malaysiapost

