MENTERI Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech hari ini.
Kementerian Pertahanan memaklumkan, suntikan dos kedua itu diterima di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin (HAT Mizan) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
“Suntikan dos kedua itu selepas genap 21 hari selepas menerima suntikan dos pertama di hospital yang sama,” kata kementerian itu dalam hantaran di Facebook.

Pada 26 Februari lalu, Ismail Sabri serta pegawai tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di hospital sama. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/26/anggota-atm-terlibat-operasi-terima-dulu-vaksin-covid-19/

