Kalimah Allah: Sultan Johor titah Kerajaan Persekutuan teruskan rayuan

0
1
JOHOR BAHRU 27 JUN 2019. Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berucap dan merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua DUN Johor Yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru. IHSAN ROYAL PRESS JOHOR

Nurul Huda Abhar

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan Kerajaan Persekutuan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kebenaran penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Sultan Ibrahim dalam kenyataan, bertitah baginda akan mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan tersebut.

“Apabila timbul kembali isu penggunaan kalimah Allah untuk digunakan pada tuhan yang lain daripada maksud sebenar, saya merasa amat dukacita.

“…kerana perkara ini perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan persepsi yang kurang elok terhadap keharmonian Bangsa Johor yang hidup bermuafakat di dalam satu negeri,” titah baginda melalui kenyataan yang disiarkan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sultan Ibrahim bertitah, menjaga sensitiviti umat Islam dan kesepakatan hidup berbilang kaum dan agama adalah keperluan yang perlu diambil kira dalam apa jua keputusan atau penghakiman.

Titah baginda, ini kerana isu-isu sensitif tersebut sangat dekat di hati baginda selaku Ketua Agama Islam negeri itu khususnya apabila berkait rapat dalam ruang sempadan agama Islam.

Baginda bertitah, Fatwa Negeri Johor yang telah diwartakan pada 4 Jun 2009 secara jelas menyatakan bahawa ‘Penggunaan kalimah allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan, serta ditegah dan dilarang’.

“Fatwa ini bermaksud penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang tidak bertepatan dengan maksud yang sebenar sebagaimana ajaran agama Islam adalah sama sekali tidak boleh dan tidak dibenarkan,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, negeri Johor mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991.

Baginda bertitah, ia termasuk melarang penggunaaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan bukan Islam kecuali dalam keadaan yang dibenarkan oleh perundangan. – Malaysiapost

Foto Kredit: NSTP

Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/03/15/isu-kalimah-allah-dibincang-dalam-munaqasyah-khas-mufti-esok/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here