PM terima dos kedua vaksin Covid-19

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di Malaysia lengkapkan dos pengambilan vaksin Covid-19.

Beliau hari ini menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Suntikan dos kedua itu selepas 21 hari beliau menerima dos pertama pada 24 Februari lalu.

Turut sama menerima suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Malaysia kini melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama membabitkan petugas barisan hadapan, anggota pentadbiran dan wakil rakyat.

Setakat hari ini, seramai 346,508 individu sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Malaysia dijangka menerima keseluruhan 1.35 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech pada 29 Mac ini dan memulakan pemberian vaksin Sinovac bermula esok.

Individu pertama yang bakal menerima vaksin Sinovac adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin di Hospital Rembau, Negeri Sembilan esok. – Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/25/muhyiddin-kongsi-pengalaman-terima-dos-pertama-vaksin-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here