Kerajaan PN masih tiada majoriti – Anwar

0
1

Najamuddin Mohd Nor

Meskipun Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah ‘mencuri’ tiga orang Ahli Parlimen PKR, Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menyifatkan ianya tidak membuktikan bahawa kerajaan sudah memiliki majoriti yang mencukupi.

“Saya nak tegaskan dengan menarik 3,4,5,6 orang sertai mereka, mereka ingat ada majoriti, tetapi sebenarnya masih tidak cukup. Menteri kanan pandai matematik tolong kira. Dapat pun belum cukup . Ini pasti,” katanya pada sidang media khas, di Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya adakah Ketua Pembangkang itu masih memiliki nombor sokongan ‘menyakinkan’ seperti yang didakwanya sebelum ini, Anwar berkata, sepatutnya perkara itu perlu ditanya kepada Muhyiddin yang menurutnya hanya memiliki sokongan terhad Ahli Parlimen.

“Yang penting kenapa tak tanya berapa (sokongan) Perikatan Nasional ada?” katanya kepada pemberita.

“Bagaimana anda boleh simpulkan mereka (PN) ada majoriti dengan tiga Ahli Parlimen menyokong mereka?”

Anwar berkata dakwaan PN mempunyai sokongan 111 atau 112 Ahli Parlimen tersasar kerana sebilangan mereka sebenarnya menyokong dirinya.

“Secara teknikalnya, mereka hanya ada sokongan 100 (Ahli Parlimen). Mereka tidak ambil kira Warisan, Pejuang (kumpulan pro-Mahathir Mohamad), dan Muda (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman), ” katanya.

Oktober lalu, Ahli Parlimen Port Dickson itu telah mengadap Yang di Pertuan Agong dengan untuk menyatakan dirinya memiliki majoriti sokongan Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Kerajaan PN telah membuktikan memiliki majoriti sokongan apabila Bajet 2021 telah lulus dengan sokongan 111 Ahli Parlimen pada bacaan ketiga di Dewan Rakyat hujung tahun lalu. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/15/pas-sambut-baik-tawaran-baru-kerajaan-pn/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here