Pejabat Hamzah nafi jemput wartawan hadir majlis hari jadi

0
1

PEJABAT Menteri Dalam Negeri hari ini menafikan telah mengeluarkan jemputan kepada wartawan dan pengamal media bagi menghadiri majlis sambutan hari jadi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Majlis tersebut kononnya akan berlangsung pada malam ini di Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, Pejabat Menteri Dalam Negeri menyeru kepada semua pihak yang menerima jemputan palsu tersebut untuk tidak menghiraukan dan memanjangkan jemputan itu kepada rakan media yang lain,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, tular dalam kalangan warga media jemputan untuk menghadiri majlis hari jadi Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

Berdasarkan ‘jemputan’ tersebut, majlis itu akan turut dihadiri para menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen.

Malah, kononnya cenderahati telah disediakan untuk petugas media yang hadir.

Untuk rekod, tarikh lahir Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut adalah pada 12 Mac 1957. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here