ES jangkitan harian Covid-19 terus berada di angka seribu apabila sebanyak 1,063 kes dicatatkan hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, 1,365 kes sembuh yang dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 309,612.
Menerusi jumlah kes baharu yang dicatatkan hari ini, sebanyak 1,059 kes adalah jangkitan tempatan manakala empat lagi adalah kes import.
Negeri Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu (323), di ikuti Sarawak (183), dan Pulau Pinang (175).
Sementara itu terdapat lima pertambahan kes kematian akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,218 hari ini.
Manakala, kes yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak (152) dan pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan (68) kes. – Malaysiapost

