Siasat dakwaan kompaun RM10,000 aniaya rakyat – Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

PIHAK berkuasa digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap dakwaan dibuat oleh beberapa individu di media sosial yang mendakwa dikenakan kompaun RM10,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP).

Kompaun itu dikenakan mengikut Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata jika dakwaan itu tidak benar, maka pihak berkuasa perlu menyangkalnya.

“Tak pakai mask (pelitup muka) semasa makan, denda RM10k?

Tak pakai mask semasa minum, denda RM10k?

Tak pakai mask semasa hisap rokok, denda RM10k?

“Nama indivdu yang membuat tuduhan-tuduhan ini diberi secara jelas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, pihak berkuasa boleh berhubung dengan mereka untuk mendapat keterangan lebih lanjut.

“Sangkal mereka jika dakwaan tak sahih. Perbetulkan jika dakwaan sahih,” katanya.

Beliau turut berkongsi beberapa tangkap layar mengenai dakwaan itu.

Antaranya dibuat individu yang menggunakan akaun Facebook bernama Zachary Yeoh yang mendakwa dikenakan kompaun RM10,000 kerana tidak memakai pelitup muka ketika makan, manakala rakannya dikenakan kompaun sama ketika minum air.

Satu lagi isu sama dibangkitkan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali dengan panggilan Uncle Kentang yang mendakwa seorang ibu tua menghubunginya memaklumkan anaknya bekerja sebagai tukang masak di Ipoh, Perak dikompaun RM10,000 ketika rehat hisap rokok di belakang restoran . – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/13/kompaun-rm10000-memang-melampau-syed-saddiq/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here