Kalimah Allah: Hormati fatwa institusi agama, bukan fatwa politik

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menekan bahawa fatwa atau pandangan hukum daripada institusi agama berhubung isu kalimah Allah patut diutamakan, bukan mengikut kepentingan masing-masing khususnya politik.

Beliau berkata, sememangnya semua berhak memberikan pandangan agama dalam isu kalimah Allah termasuk individu-individu yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun parti-parti politik.

Bagaimanapun, tegasnya, harus diingat prinsip Islam sebagaimana yang digariskan dalam kaedah fekah berikut mengisyaratkan bahawa akhirnya fatwa atau pandangan hukum yang harus diutamakan adalah yang ditetapkan oleh institusi Islam yang diiktiraf Pemerintah ‘Ulil Amri’.

“Fatwa insitusi inilah yang bersifat pemutus dan harus dijadikan panduan utama, iaitu ketetapan yang diputuskan Pemerintah, mengangkat segala kekhilafan (perbezaan pandangan).

“Moleklah semua dapat rujuk fatwa-fatwa yang telah diputuskan di peringkat Persekutuan dan terutamanya Negeri-Negeri yang berkuasa penuh dalam Hal Ehwal Agama Islam,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut berkongsikan mengenai fatwa-fatwa institusi-institusi Agama di peringkat Persekutuan dan Negeri-Negeri seperti Selangor, Pahang, Johor, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Selain itu, Asyraf turut memetik fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 5-7 Mei 2008 adalah berbunyi:

Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. -Malaysiapost

Artikel Berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/11/isu-kalimah-allah-episod-malang-buat-umat-islam-di-malaysia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here