Nik Abduh tegur pemimpin PAS, Umno jadi ‘batu api’ dalam MN

0
1

TINDAKAN beberapa pemimpin Umno dan PAS yang dilihat cuba menjejaskan hubungan antara dua parti itu yang terjalin dalam Muafakat Nasional (MN) kerana perasaan marah, pasti membawa kerugian dan penyesalan di kemudian hari.

Ahli Jawatankuasa PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berpendapat tindakan itu tidak membawa sebarang faedah kepada kedua-dua parti.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana selain usaha pemimpin berkenaan mengapi-apikan hubungan hubungan itu, lebih ramai lagi ramai pemimpin kedua-dua parti menyatakan kekesalan.

Malah, katanya, ada yang mengambil sikap berdiam diri atau mengucapkan kata-kata yang baik dan menyejukkan keadaan.

“Sebaik-baik kata adalah kalimah tauhid, puji-pujian kepada Allah dan kata-kata yang mengajak kepada Allah, agama-Nya dan pemerkasaan umatnya. Begitulah juga segala amal yang baik dan soleh.

“Jauhi batu api. Fikirkan, di mana pahalanya walau sebutir zarah? Ia tidak lebih selain kegagalan mengawal kemarahan dan gelodak nafsu ammarah yang pasti membawa kerugian dan penyesalan di kemudian hari.

“MN adalah kekuatan umat yang telah terbukti kejayaan dan keberkatannya di sisi Allah. Sayangilah ia sebagai satu nikmat besar yang menjadi anugerah abad untuk negara kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, jika perkara itu disyukuri, nescaya akan bertambah-tambahlah lagi nikmat daripada Tuhan.

“Bersama memperkasakannya demi Malaysia tercinta,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/10/setahun-menjadi-kerajaan-akhirnya-pas-tutup-mulut-musuh-nik-abduh/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here