Kalimah Allah: KDN tunggu alasan penghakiman secara bertulis – Hamzah

0
1
Datuk Seri Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berkaitan isu kalimah Allah dan hal-hal lain yang dibawa oleh Jill Ireland Lawrence Bill terhadap KDN. 

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata dalam hal itu, KDN akan memutuskan tindakan susulan daripada aspek perundangan selepas menerima alasan penghakiman secara bertulis dari pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

“Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mahupun tafsiran sendiri ke atas keputusan tersebut.

“Saya juga meminta semua pihak untuk menghormati proses perundangan dan kehakiman negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Semalam, Hakim Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.

Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat.

Bagaimanapun, penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here