Tamparan buat Selangor FC, Halim terpaksa ‘berehat’ 9 bulan

0
1

AKSI Liga Super baru saja memasuki dua perlawanan namun Selangor FC telah mula menerima ‘tamparan’ apabila kehilangan khidmat pemain tengah Halim Shaari yang berkemungkinan terpaksa diketepikan selama sembilan bulan, akibat kecederaan. 

Ini bermakna kemungkinan besar pemain tengah bertahan itu terpaksa melupakan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2021. 

Selangor FC menerusi kenyataan ringkas di Facebooknya memaklumkan Halim disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL). 

“Pemain tengah kental Gergasi Merah, Halim Saari disahkan mengalami kecederaan ACL dan berkemungkinan terpaksa berehat untuk sembilan bulan. 

“Beliau dijadualkan menjalani pembedahan pada minggu hadapan. 

“SFC komited untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada Halim dalam proses rawatan beliau dan mendoakan agar beliau terus tabah dan cepat sembuh,” kata kenyataan itu. 

Pemain berusia 26 tahun itu hanya beraksi kurang empat minit di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam tadi setelah berlaga dengan pemain import Terengganu FC. 

Dalam perlawanan itu, Selangor FC tewas 1-3 setelah memulakan kempen musim baharu dengan Sri Pahang minggu lalu. 

Selain Halim, turut berada dalam senarai kecederaan ialah ketua pasukan, Brendan Gan dan pemain pertahanan R Dinesh serta Nik Muhammad Sharif Haseefy. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here