RON97 naik 5 sen, RON95 dan diesel kekal

0
1

HARGA runcit petrol RON97 naik 5 sen seliter kepada RM2.40 bagi tempoh 11 hingga 17 Mac 2021.

Harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal, masing-masing pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata bagi melindungi pengguna, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi

memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here