Nurul Huda Abhar
“HUBUNGAN Umno dan Pas tiada masalah,” kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menurutnya, dua parti tersebut akan memastikan gabungan Muafakat Nasional (MN) kuat.
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MN di bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.
Turut kelihatan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Difahamkan, mesyuarat berkenaan sebagai persiapan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN yang dijangka berlangsung jam 8 malam ini. – Malaysiapost

