1,448 kes hari ini, 5 hari berturut-turut di bawah angka 2,000

0
1
grafik

MALAYSIA mencatatkan 1,448 lagi kes jangkitan Covid-19 hari ini, menjadikan kes keseluruhan dalam negara kini 317,717.

Ia juga menyaksikan Malaysia merekodkan kes harian di bawah angka 2,000 buat hari kelima berturut-turut.

Kes aktif di seluruh negara kini 18,010 setelah 2,137 lagi kes sembuh baharu dilaporkan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 1,438 adalah penularan tempatan manakala selebihnya kes import.

Selangor mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 561 kes diikuti Johor (273), Sarawak (199), Kuala Lumpur (103), Pulau Pinang (99), Perak (83) dan Sabah (54).

Katanya, sebanyak lima lagi kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 1,191 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here