Sharifudin Abdul Rahim
SIAPA sangka, minat dalam dunia permotoran telah ‘menyatukan’ pemuda ini, Azhanyzam Zakaria atau lebih mesra disapa sebagai Nizam dengan motosikal ‘lejen’ ini.
Lebih menarik dan menjadikannya istimewa, motosikal ini pernah digunakan oleh Jamal Abdillah sebagai hero yang membintangi filem Azura pada tahun 1984.
Apa yang mencuit hati, watak hero itu, Zack atau Zakaria bin Puteh adalah nama yang sama dengan nama bapa pemuda ini.
Lebih melucukan, bapanya yang juga bekas seorang pengetua Sekolah Menengah Sains Kelantan tidak berapa menggemari watak Zack kerana menyifatkan sikap dan perangai mereka yang sangat jauh berbeza.













