Dua anak mangsa kemalangan maut di Kajang kini tenat – Dr Adham

0
1

Nurul Huda Abhar

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini menziarahi kedua-dua anak mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang, Ahad lalu.

Menurut Dr Adham, kedua-dua anak mangsa kini menerima rawatan di Hospital Kajang dan Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, mangsa yang maut, Remyzan Baharuddin, 42, adalah pemandu ambulans yang berkhidmat di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.

“Remyzan adalah pemandu ambulans PKD Hulu Langat. Arwah meninggal bersama isterinya. Kedua-dua anaknya kini berada dalam keadaan tenat,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Ahad lalu media melaporkan suami isteri meninggal dunia, manakala dua anak mereka cedera selepas kereta Perodua Bezza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Jalan Saujana Impian, Kajang.

Difahamkan, kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu van berkenaan berusia 28 tahun yang memandu kenderaan itu dari arah Semenyih menghala ke Kuala Lumpur hilang kawalan.

Remyzan Baharuddin, 42, dan isterinya, Suzyla Ahmad Dahlan, 40, meninggal dunia di tempat kejadian.

Raiha Syuhaida Remyzan, 13, ditempatkan di Wad Pediatrik, Hospital Kajang manakala adiknya, Ra’if Adam Lutfan Remyzan, 7 ditempatkan Wad Pediatrik, ICU di Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur.

Sementara itu, selepas melawat Raihan, Dr Adham bergerak ke Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur bagi melawat Ra’if Adam.

“Doakan kedua-dua adik-beradik ini dapat harungi detik detik kecemasan perubatan ini dengan baik. Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buat adik Raiha Syuhaida dan adik Ra’if Adam,” ujarnya. – Malaysiapost


Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/02/03/kkm-sedia-laksana-imunisasi-vaksin-pertama-dr-adham/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here