Mabuk rempuh sekatan jalan raya, pakar kecantikan ditahan

0
1

WANITA yang juga pakar kecantikan ditahan selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar Plaza Tol Damansara, Petaling Jaya awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.05 pagi, suspek berusia 32 tahun yang memandu Toyota Harrier merempuh peralatan SJR hingga menyebabkan kerosakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata beberapa peralatan yang mengalami kerosakan adalah papan tunjuk arah, lampu biru SJR dan kon.

“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya membawa wanita itu menjalani ujian pernafasan alkohol kerana dia disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

“Hasil ujian pernafasan melalui mesin Evidential Breath Analyzer mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan semasa memandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, wanita terbabit yang bertugas di sebuah pusat kecantikan di Puchong kemudian dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 45a (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here