Cemburu punya pasal, tergamak tetak isteri hamil hingga mati

0
1

ANGKARA cemburu, seorang pekerja ladang tergamak menetak leher isteri yang sedang hamil hingga mati di sebuah ladang kelapa sawit dekat Tawau, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Norhasnah Sahanin, 20-an, ditemui mati di ruang tamu sebuah rumah kongsi di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7.06 malam lalu bergegas ke lokasi dan menjalankan gerakan memburu suspek berusia 22 tahun yang telah melarikan diri.

“Suspek bagaimanapun ditahan selepas tujuh jam bersembunyi kawasan ladang kelapa sawit, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada jam 12.05 tengah malam.

“Turut dirampas sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter bersama sarung parang warna biru dan sehelai seluar panjang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Peter berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada suspek yang mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa mendapati satu kesan tetakan di bahagian belakang leher disyaki menggunakan senjata tajam selain mangsa dipercayai mengandung.

“Suspek kini ditahan reman tujuh hari untuk siasatan kanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here