Boleh melancong ke Langkawi mulai esok

0
1

STATUS Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pulau Langkawi akan ditukar kepada PKP Pemulihan (PKPP) bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendengar cadangan kerajaan Kedah mengenai status pulau berkenaan semalam.

“Setelah membuat penilaian risiko dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan bersetuju untuk menukar statusnya daripada PKPB ke PKPP.

“Kedah masih dalam PKPB, tetapi kerana Langkawi sebuah pulau maka PKPB Langkawi ditukarkan kepada PKPP berkuatkuasa mulai esok

“Ini memandangkan Pulau Langkawi telah menjadi zon hijau dan kes terakhir yang direkodkan pada 20 Februari lalu iaitu dua kes,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, susulan Langkawi yang merupakan pulau pelancongan, kebenaran aktiviti gelembung pelancongan bersasar domestik juga terpakai untuk pulau itu.

“Bagaimanapun Kedah masih kekal PKPB,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here