Umno tiada perancangan kerjasama pihak lain kecuali PAS – Tajuddin

0
2

UMNO tiada perancangan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tegas Pengarah Pilihan Raya Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno berkata, keputusan parti setakat ini hanyalah akan bekerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan juga PAS seperti yang ditandatangani dalam Piagam Muafakat Nasional (MN).

“Bagi Umno, saya rasa saya buat kerja sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno ke sana ke sini, tidak timbul untuk kerjasama dengan pihak lain kecuali bersama PAS.

“Dengan PAS ini kita dah buat perjanjian dan tandatangani dalam Piagam MN, maka akan kekal begitu kerana Umno tidak mungkir janji dan akan berpegang dengan perjanjian bersama PAS.

“Kalau Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan tidak tolak kerjasama dengan Umno, itu kenyataan beliau dan terpulang untuk buat apa juga kenyataan,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Anwar hari ini yang mengatakan tidak tolak kemungkinan bekerjasama dengan Umno.

Ditanya apa pandangan beliau mengenai motif kenyataan itu, Tajuddin berpendapat Anwar sebagai seorang ahli politik yang mungkin mempunyai strategi atau agenda tersendiri.

“Itu dia (Anwar) punya hal lah…dia sebagai ahli politik, tokoh politik mesti ada agenda dan caranya sendiri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here