KES harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini menunjukkan penurunan iaitu 1,529 kes berbanding 1,683 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata berdasarkan jumlah itu, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 726 kes diikuti Sarawak sebanyak 252 kes baru.
“Johor merekodkan kes harian Covid-19 ketiga tertinggi iaitu 120 kes disusuli Negeri Sembilan dengan 89 kes, manakala Pulau Pinang sebanyak 76 kes.
“Sabah dan Kuala Lumpur pula merekodkan jumlah kes yang sama iaitu 71 kes, diikuti Perak (49 kes), Kelantan (28 kes), Perlis (17 kes) dan Terengganu (13 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Kedah merekodkan sembilan kes, manakala Melaka empat kes dan Pahang tiga kes.
“Wilayah Persekutuan Putrajaya hanya merekodkan satu kes dan tiada kes baru membabitkan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya. – Malaysiapost

