EWRF lancar program perintis English for Juniors secara virtual

0
1

PROGRAM perintis English for Juniors secara maya (v-E4J) yang dilancarkan Yayasan Pendidikan, Kebajikan Dan Penyelidikan Malaysia (EWRF) baru-baru ini membuktikan keberkesanannya dan memberi manfaat kepada para pelajar yang terlibat.

Program E4J yang diperkenalkan pada tahun 2009 bertujuan mengatasi isu penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah dikalangan pelajar sekolah rendah jenis kebangsaan di negara ini.

Presiden EWRF, Govindasamy Annamalai berkata, demografi umur pelajar yang disasarkan untuk program itu diantara tujuh hingga sembilan tahun

Beliau berkata, projek perintis itu telah dijalankan diantara 7 Oktober 2020 dan 26hb Februari 2021, melibatkan 10 kumpulan sasaran terdiri daripada lima orang pelajar setiap kumpulan.

“Kejayaan projek perintis menyebabkan EWRF bercadang untuk melancarkan program v-E4J ini diseluruh Semenanjung Malaysia.

“Program yang berjangka panjang selama 20 minggu ini dijangka bermula pada awal bulan April 2021 dan melibatkan pelajar seramai 350 hingga 500 orang kesemuanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Govindasamy berkata, keseluruhan program tersebut akan dijalankan secara percuma.

“Pelajar, pembantu dan guru yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program v-E4J ini diminta untuk menghubungi pihak EWRF ditalian 1-800-88-3973 (Bebas Tol), 603-7710 0140/0142 atau layari [email protected] untuk maklumat lanjut,” ujarnya.

Selain itu, program Civil Society Intervention (CSI) yang turut dianjurkan EWRF dijalankan selama 20 minggu itu memfokuskan kepada transformasi kelakuan dan tingkah laku pelajar berumur diantara 13 hingga 15 dan berisiko yang terdiri daripada keluarga golongan B40.

Usaha berkenaan adalah untuk membantu mengurangkan jumlah pelajar yang berhenti dari alam persekolahan dan seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti jenayah.

EWRF yang ditubuhkan pada tahun 1978 bertujuan menolong komuniti yang ketinggalan dalam bidang pendidikan dan social dengan menyediakan asas untuk meningkatkan tahap pendidikan, kaunseling psiko-sosial dan kebajikan terutamanya bagi golongan komuniti B40. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/maszlee-saran-kerajaan-teruskan-program-sarapan-untuk-4-79-juta-murid/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here