Vaksinasi: Hampir 3 juta daftar melalui MySejahtera

0
2

SERAMAI 2,990,577 individu telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menurut infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), angka tersebut direkodkan setakat jam 8 pagi tadi.

Sementara itu setakat semalam, seramai 127,608 individu di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech.

Menurut JKJAV, penerima vaksin tertinggi adalah di Sarawak iaitu 18,034 individu.

Ini diikuti Pahang (13,830), Selangor (11,982), Kelantan (11,680), Kuala Lumpur (11,266) serta Johor dan Sabah masing-masing seramai 9,515.

Penerima fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 24 Februari lalu adalah dalam kalangan petugas barisan hadapan serta Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah pendaftaran secara dalam talian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ialah melalui laman web www.vaksincovid.gov.my.

Orang ramai turut boleh melakukan pendaftaran dengan menghubungi talian hotline atau hadir di fasiliti klinik kesihatan awam serta swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula 22 Februari lalu menerusi aplikasi MySejahtera. – Malaysiapost

Artikel berkaitan

https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/mb-ketua-polis-yang-pertama-terima-suntikan-vaksin-di-johor/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here