PM dan isteri diberi penghormatan masuk Kaabah

0
2

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadat umrah.

Detik manis Muhyiddin dan isteri itu dikongsi oleh jemaah lain di media sosial, yang turut dikongsi oleh warga Malaysia di tanah air. 

Difahamkan, ini kali pertama tetamu memasuki Kaabah sejak lebih setahun lalu.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz pada 5.31 petang (10.31 malam tadi) disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Abd Razak Abdul Wahab dan isteri Nor Asimah Petah, serta Konsulat Besar Malaysia di Jeddah, ‘Alauddin Mohd Nor dan isteri Najwa Hasbullah.

Lawatan ke negara itu atas jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Muhyiddin dan isteri terlebih dahulu menunaikan umrah di Makkah disusuli ziarah di Madinah, sebelum memulakan program rasmi sempena lawatan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here