Kes mahkamah: Zahid tidak mahu dilihat cuba yakinkan, pengaruhi orang lain

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau bukan tidak mahu memberi jawapan balas terhadap laporan media berhubung perbicaraan kesnya, tetapi tidak mahu dianggap sebagai sub judice atau menghina mahkamah.

Menurutnya, media boleh melaporkan apa sahaja berhubung perbicaraan kesnya di mahkamah yang kebiasaannya tidak akan melaporkan keseluruhan perbicaraan.

“Mereka (media) akan memetik bahagian-bahagian tertentu sahaja untuk dijadikan berita.

“Itu memang cara media beroperasi. Pemilihan berita lazimnya mengikut kehendak editor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, dia tidak boleh menjawab balas laporan yang telah disiarkan oleh media, walaupun untuk menjawab pertanyaan sahabat atau pengikutnya di alam maya

“Saya boleh dikenakan tindakan kerana dianggap sebagai ‘sub judice’ atau ‘contempt of court’.

“Akan dilihat cuba meyakinkan atau mempengaruhi orang lain,” katanya yang menulis perkara untuk menerangkan situasi sebenar kepada semua pihak.

Beliau berkata, ramai bertanya kepadanya mengenai berita-berita yang disiarkan media berhubung kesnya di mahkamah.

“InsyaAllah saya dan barisan peguam akan tempuhi perbicaraan ini dengan tabah dan cekal.

“Namun perjuangan saya untuk parti Umno, kepentingan rakyat, kesejahteraan negara tidak sesekali akan dapat dipatahkan.

“Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. InsyaAllah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here