1,680 kes baharu hari ini, 452 melibatkan warga asing

0
1

SEBANYAK 1,680 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes wabak itu di negara ini meningkat kepada 311,777.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 1,225 kes melibatkan warganegara manakala 452 adalah warga asing dan tiga kes import.

“Jumlah kes sembuh baharu adalah 2,548 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 289,452 kes atau 92.8 peratus,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif di seluruh negara ketika ini adalah 21,159 kes.

Katanya, sebanyak tujuh lagi kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kini 1,166 kes. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/08/china-catat-sifar-kes-covid-19-dalam-tempoh-2-bulan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here