Wajib jalani ujian calitan sebelum memasuki Sabah, Sarawak

0
1

INDIVIDU yang bakal memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan diwajibkan menjalani ujian calitan Covid-19 tiga hari sebelum melakukan perjalanan ke negeri berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya individu yang mendapat kebenaran Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan keputusan ujian calitannya negatif serta tidak bergejala dibenarkan memasuki negeri tersebut.

Bagaimanapun katanya, bagi individu yang bakal melakukan perjalanan ke Sarawak wajib memenuhi syarat tambahan selain ujian calitan iaitu kuarantin selama 14 hari.

“Bagi pergerakan dari Sabah, Sarawak dan Labuan ke Semenanjung pula, tidak perlu menjalani ujian calitan… mereka boleh datang terus,” katanya pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, pergerakan rentas daerah di Sabah yang kini berada pada PKP Pemulihan (PKPP) hanya dibenarkan mulai esok, manakala Sarawak yang kini berada dalam PKP Bersyarat (PKPB) masih tidak dibenarkan atas permintaan kerajaan negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here