Penipuan pinjaman wang tidak wujud

0
1
Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob. - Foto BERNAMA

KETIKA ramai yang menderita akibat kesempitan hidup susulan pandemik Covid-19 sejak Disember 2019, masih ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap mereka yang terdesak dengan melakukan aktiviti penipuan pinjaman wang tidak wujud.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob, berkata sindiket pinjaman wang tidak wujud itu melihat kesempitan hidup rakyat ketika ini sebagai satu peluang untuk memperdaya mangsa dengan menawarkan pinjaman yang diiklankan melalui media sosial.

“Tawaran kadar faedah rendah dan proses permohonan ynag cepat adalah data tarikan utama yang mampu mengaburi mata mangsa.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 5,718 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM62, 346 889 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam kes terbaru JSJK Bukit Aman pada 1 Mac lalu telah membuat serbuan di sekitar Lembah Klang dan hasil serbuan serta pemeriksaan berjaya menahan empat suspek berusia 21 hingga 42 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pinjaman wang tidak wujud itu.

“Siasatan mendapati sindiket ini sudah beroperasi kira-kira sebulan dengan menawarkan pinjaman tidak wujud melalui cara menghubungi mangsa menerusi telefon atau SMS atau melalui WhatsApp.

“Mangsa diperdaya dengan diarah membuat pembayaran pendahuluan seperti yuran perundangan, yuran perjanjian, insurans dan sebagainya sebelum memutuskan hubungan komunikasi dengan mangsa selepas mendapat bayaran berkenaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here