1 kawasan di Melaka dan Sarawak dikenakan PKPD

0
1
meru pkp covid dawai

DUA kawasan telah diperintahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka bermula 6 sehingga 19 Mac ini manakala Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills, Daerah Bintulu, Sarawak akan bermula 5 sehingga 18 Mac ini.

“KKM hari ini juga telah melaporkan situasi kes Covid di Sekolah Henry Gurney , Telok Mas, Melaka. Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak direkodkan yang melibatkan lima 152 kes positif (5)19 di telah kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan. Setelah membuat penilaian (8) risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan , Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka.

“KKM hari ini telah melaporkan situasi kes COVID-19 di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills, Daerah Bintulu, Sarawak. Sehingga 3 Mac 2021, KKM telah melaksanakan 1,247 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 84 kes positif telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi. • Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD,” katanya pada sidang media, hari ini.-Malaysiapost

Menurut Ismail Sabri, perlaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni yang terlibat serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here