Umno, Bersatu rebut jawatan ketua kampung di Johor? – AMK

0
1

SETAHUN bersekutu dalam Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan, banyak kelemahan dilihat membabitkan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS. 

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Akmal Nasir, mendakwa ketiga-tiga parti berkenaan masih tidak boleh bersepakat terutama dalam usaha membantu rakyat. 

Menurutnya, perkara itu seperti yang berlaku di Johor apabila terdapat perebutan antara Umno dan Bersatu untuk jawatan ketua kampung. 

“Pecah tembelang pagi ini Umno dan Bersatu bertelingkah nak jadi ketua kampung di Johor.

“Apabila kerajaan negeri beralih tangan susulan pengkhianatan Langkah Sheraton, ketua-ketua kampung lantikan PH (Pakatan Harapan) bersetuju teruskan perkhidmatan sampai tamat tempoh 30 Disember 2020.

“Alasannya supaya tidak terganggu perjalanan masyarakat setempat, terutamanya soal pengesahan surat, anak-anak nak naik sekolah dan isu-isu kampung,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 

Menurutnya, selepas tamat tempoh berkenaan, jawatan terbabit kini menjadi rebutan di kalangan ahli Umno dan Bersatu yang membuktikan tiada kesepakatan antara gabungan parti dalam PN. 

“Sebab itu jangan percaya bila orang jaja politik kaum, walhasil untuk diri sendiri juga.

“Lagi kuatnya jerit Melayu, makin banyak kepentingannya,” katanya. 

Menurutnya, kini dah masuk bulan Mac dan penduduk masih tercari-cari siapa pengganti ketua kampung kawasan mereka. 

“Ada yang mengeluh datang ke Pusat Khidmat kerana banyak pengesahan dokumen untuk anak-anak naik ke sekolah.

“Sementara mereka bergaduh, Insya Allah kita terus gandakan kerja,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:  https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/timbalan-menteri-cuti-di-new-zealand-perikatan-nasional-ini-kerajaan-apa-soal-amk/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here