Penerima hati pertama di Malaysia meninggal dunia

0
1

PENERIMA hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini meninggalkan dunia akibat komplikasi hati, awal pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, lapor Berita Harian.

Mohd Afiq Ikmal, 23, yang dirawat di Hospital Selayang, Selangor sejak 13 Februari lalu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5 pagi tadi.

“Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham, pagi tadi. Kini jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang.

“Jenazah akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Mohd Afiq Ikmal kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.

Pemuda tersebut menjalani pembedahan itu ketika berusia 14 bulan, selepas Wan Mohd Hafizam menyatakan kesediaan mendermakan sebahagian hatinya.

Paparan kisah Mohd Afiq Ikmal itu mendorong Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu membantu, walaupun antara mereka tiada pertalian saudara dengan keputusan itu dibuat atas dasar kemanusiaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here