Mana RMK-12? – soal Puteri Umno

0
1

PUTERI Umno hari ini mempersoalkan pelan hala tuju negara apabila gagal membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang sepatutnya dibahaskan tahun lalu.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan, berkata tahun lalu menandakan beakhirnya tahun 2020 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

“Sebagai kesinambungan, pelan pembangunan pasca 2020 akan digubal dengan menetapkan hala tuju strategik yang jelas bagi menentukan hala tuju pembangunan negara dalam tempoh satu dekad dan menyediakan rangka kerja asas pelaksanaannya.

“Ini bagi memastikan pembangunan sosioekonomi yang inklusif dan bermakna ke arah masyarakat yang lebih makmur,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bagaimanapun, katanya, RMK-12 yang sepatutnya dibentangkan tahun lalu tidak ada sekali gus mengundang pertanyaan berhubung hala tuju pembangunan negara.

“Tapi dimanakah RMK-12? Ia sepatutnya dibentangkan dan dibahaskan sebelum pengakhiran RMK-11, ia itu sebelum tahun 2020.

“Antara kita mungkin ada yang telah mati, tetapi Negara tetap akan diwarisi, tapi dimana hala tuju kita?,” katanya.

Zahida berkata, negara mempunyai 1.5 juta kakitangan awam yang boleh dipertanggunjawabkan untuk menyediakan pelan rancangan RMK-12 berkenaan.

“Kita mempunyai lebih 1.5 juta kakitangan awam dan ramai bijak pandai yang dipertangung jawabkan untuk memikir dan menyediakan RMK 12 ini. Tapi dimanakah RMK ini?

“Adakah akhirnya rakyat yang akan jadi mangsa akibat ketiadaan pelan hala tuju negara?,” soalnya.

Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan RMK-12 dijangka dibentangkan di Parlimen pada awal tahun ini selepas mengambil kira penangan kesan penularan Covid-19 kepada ekonomi negara.

Beliau berkata,tarikh sebenar pembentangan itu masih belum diputuskan lagi buat masa ini.

“Sudah pasti dengan landskap ekonomi yang sudah berubah dengan mendadak, kita perlu mengambil kira cara kita bekerja.

“Malahan perniagaan juga telah berubah dengan peningkatan penggunaan digital. Ini semua perlu diambil perhatian dan ia adalah antara sebab mengapa RMK-12 perlu dilihat semula,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here