Nurul Huda Abhar
KES jangkitan harian Covid-19 terus menunjukkan trend menurun apabila sebanyak 1,555 dicatatkan hari ini.
Ia dapat dilihat menerusi kes jangkitan baharu yang pada Ahad lalu sebanyak 2,437 dan menurun ke 1,828 kes semalam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, 2,528 kes sembuh yang dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 278,431.
Menerusi jumlah kes baharu yang dicatatkan hari ini, sebanyak 1,552 kes adalah jangkitan tempatan manakala tiga lagi adalah kes import.
Negeri Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu (672), di ikuti Johor (163), Sarawak (159), dan Kuala Lumpur (145).
Hari ini, terdapat enam pertambahan kes kematian akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,141.
Manakala, kes yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak (204) dan pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan (96) kes. -Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/26/vaksin-covid-19-ikhtiar-usaha-dan-bertawakal-kepada-allah/

