Pelbagai sektor diberi kelonggaran susulan PKPB, PKPP

0
1

KERAJAAN membenarkan sektor produk pelancongan kembali beroperasi susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 5 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sektor-sektor yang dibuka dibawah PKPB dan PKPP adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Yang baru adalah produk pelancongan seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, Taman rekreasi, extreme/adventure/nature parks dan lain-lain kita benarkan.

“Premis hasil seni budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain juga dibenarkan,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Menurutnya, taman tema dan pusat hiburan keluarga, seperti spa, Pusat refleksologi, urut, termasuk perkhidmatan kecantikan kuku kaki dan tangan juga dibenarkan.

“Waktu operasi dibenarkan adalah 6 pagi hingga 12 tengah malam mengikut syarat lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mana lebih awal,” katanya.

Sementara itu, bagi aktiviti majlis rasmi, tidak rasmi dan majlis sosial semi dibenarkan namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Satu lagi yang ingin diterangkan adalah mengenai majlis sosial di kawasan PKPB dan PKPP seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan, resepsi, pertunangan, majlis akikah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari lahir, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial adalah dibenarkan.

“Majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya yang sebelum ini dibenarkan kepada pasangan beragama Islam juga diperluaskan kepada pasangan beragama lain.

“Kehadiran ke premis di kawasan PKPB adalah 50 peratus daripada keluasan premis, manakala di kawasan PKPP mengikut keluasan premis namun yang penting ada penjarakan sosial,” katanya.

Ismail Sabri berharap, walaupun kebenaran diberikan, semua pihak perlu mematuhi SOP yang dikeluarkan seperti penjarakan sosial dan jangan sampai ada majlis diadakan hingga bersesak-sesak yang akhirnya membahayakan diri sendiri dan masyarakat. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here