Ibadat haji: Arab Saudi belum keluarkan kenyataan rasmi

0
1

KERAJAAN Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai musim haji tahun 2021 walaupun telah menerima kira-kira 100,000 jemaah umrah sejak 1 November 2020. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri ketika memaklumkan perkara itu berkata bakal jemaah perlu terus membuat persiapan supaya bersedia jika dipanggil untuk menunaikan rukum Islam kelima itu. 

“Tahun lalu, ibadat haji ditangguhkan akibat Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia. Marilah kita terus berdoa agar wabak ini pulih sepenuhnya dan kita dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci semula. 

“Walaupun masih belum mendapat pengesahan tentang ibadat haji tahun ini, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan. 

“Oleh itu saya menasihati semua bakal haji untuk mengikuti kursus asas haji mingguan yang sedang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) secara dalam talian,” katanya hari ini. 

Beliau berkata bakal jemaah haji juga perlu menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman kerana ibadat haji menuntut kekuatan fizikal serta mental. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here