Kes baharu Covid-19 kembali ke angka seribu hari ini

0
1
grafik

KES baharu jangkitan Covid-19 kembali menurun kepada angka 1,828 pada hari ini dengan jumlah kes sembuh melepasi angka jangkitan baharu sebanyak 2,486.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia kini mencecah 302,580.

Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 275,903 kes.

Menerusi jumlah kes baharu yang dicatatkan hari ini, sebanyak 1,821 kes adalah jangkitan tempatan manakala tujuh lagi adalah kes import.

Negeri Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi kes baharu mengikut negeri iaitu 455, di ikuti Johor (490), Sarawak (220), dan Negeri Sembilan (167).

Terdapat lima lagi pertambahan kes kematian akibat Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,135.

Manakala, kes yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak (198) dan pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan (90) kes.  -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here