PKPD di Penjara Sungai Udang, 2 lokaliti di Sarawak tamat esok

0
1

KERAJAAN  bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Melaka dan Sarawak seperti yang dijadualkan sebelum ini. 

Tiga lokaliti yang terlibat adalah Penjara Sungai Udang dan Kuarters Kakitangan, Melaka Tengah; Kampung Sungai Maong, Kuching dan Taman Univista, Kota Samarahan di Sarawak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di tiga lokaliti itu dan dijadualkan tamat esok.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan baki kes aktif di tiga lokaliti tersebut menunjukkan trend penurunan serta serta tiada lagi penularan kes baharu.

Katanya, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di tiga lokaliti terbabit pada 2 Mac 2021 seperti yang dijadualkan setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here