‘Kerajaan PN adalah Kerajaan Prihatin’ – Rina Harun

0
1

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) adalah Kerajaan Prihatin yang akan memastikan Malaysia terus sejahtera dengan tidak ada sesiapa pun tertinggal untuk menikmati kemakmuran bersama.

Ketua Wanita PN, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata beliau berdoa dan berharap Kerajaan PN akan terus diberi kepercayaan untuk memimpin Malaysia.

“…. dengan doa dan harapan semoga Kerajaan Perikatan Nasional akan terus diberi kepercayaan memimpin Malaysia.

“Biar apa pun cabaran dan dugaan, akan kami harungi bersama demi kesejahteraan rakyat Malaysia tercinta. Kami akan terus bangkit mendepani cabaran, teguh kita, menang bersama,” katanya dalam hantaran sempena ulang tahun pertama pentadbiran Kerajaan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Rina turut menzahirkan setinggi kesyukuran kerana diberi peluang untuk berkhidmat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beliau kagumi.

“Keprihatinan beliau dalam menyantuni dan mendengar denyutan nadi rakyat tidak perlu dipertikaikan.

“Malah, ia terbukti dengan pelbagai insentif yang diumumkan bagi membantu kelangsungan hidup rakyat seperti Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat, PENJANA dan PERMAI,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya menegaskan, kesemua ordinan yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong, tidak ada satu pun yang bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya.

Sebaliknya, Muhyiddin berkata beliau sedar dan faham maksud demokrasi, malah darurat yang sedang dilaksanakan tamat pada 1 Ogos 2021, iaitu kali pertama dalam sejarah negara, darurat mempunyai tempoh tamat.

Beliau juga sekali lagi menegaskan sentiasa menjunjung Perlembagaan dan prinsip demokrasi, malah akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen supaya pilihan raya boleh diadakan dan rakyat bebas memilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/darurat-bukan-bertujuan-perdana-menteri-kekal-berkuasa-selama-lamanya-pm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here